PENGENALAN

selamat datang ke blog saya..blog ini berkaitan dengan pendidikan seni visual di sekolah rendah..kepada guru-guru seni atau kepada sesiapa sahaja yang meminati seni, harap blog ini dapat membantu anda sebagai sumber maklumat berkaitan seni..terima kasih..

Huraian Sukatan Pelajaran PSV Sekolah Rendah

Monday 12 December 2011

Idea Menggunakan Krayon

Saya ingin berkongsi idea untuk mempelbagaikan teknik menggunakan warna krayon di dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual supaya murid tidak menjadi bosan semasa P&P cikgu-cikgu dengan hanya aktiviti mewarna sahaja..Diharapkan agar video ini dapat membantu cikgu-cikgu untuk mempelbagaikan p&p..


Sunday 11 December 2011

Teknik Mewarna Menggunakan Warna Pensil

Kebanyakan murid di sekolah rendah selalu menggunakan warna pensil semasa aktiviti atau pertandingan mewarna dijalankan. Saya ingin berkongsi video teknik mewarna yang betul menggunakan warna pensil. Semoga   tontonan video ini dapat membantu guru-guru mengajar anak murid cara betul menggunakan warna pensil dan juga sebagai panduan kepada murid-murid. Selamat menonton...

Saturday 10 December 2011

Teknik Mewarna

Bahan-bahan yang sering digunakan apabila mewarna ialah warna pensil, krayon, warna air, magic colour, dan sebagainya. Di peringkat sekolah rendah,  bahan mewarna yang sering menjadi pilihan ialah warna pensil dan juga krayon. Saya ingin berkongsi sedikit beberapa teknik yang perlu dilakukan apabila mewarna supaya lukisan yang dihasilkan itu menarik. Apabila mewarna, tentukan arah cahaya supaya dapat memberikan kesan pencahayaan seperti bayang, pembalikan cahaya dan sebagainya. Penggunaan ton warna juga dapat membantu menghasilkan kesan pencahayaan. Kita perlu bijak menggunakan campuran warna dan jangan takut bermain dengan warna. Di sini, saya ada sertakan beberapa contoh karya yang menggunakan teknik yang saya sebutkan tadi.










Warna

Warna adalah unsur penting dalam kehidupan. Tanpa warna, dunia tiada serinya. Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Warna boleh dibahagi kepada 3 bahagian iaitu warna asas atau juga disebut sebagai warna premier, warna sekunder dan warna tertier. Cuba lihat rajah roda warna di bawah.
Jika anda perhatikan roda warna ini, bahagian A ialah warna utama iaitu warna asas yang terdiri daripada warna merah, kuning dan biru. Warna-warna ini tidak boleh dihasilkan dengan mencampuri warna-warna lain. Bahagian B pula ialah warna sekunder iaitu hijau, ungu dan jingga. Warna-warna ini adalah hasil campuran daripada warna-warna asas.
biru+kuning = hijau
kuning+merah = jingga
merah+biru = ungu
Bahagian C roda warna ini adalah warna tertier iaitu campuran daripada warna asas dan warna sekunder yang bersebelahan dalam roda warna.